Dalam dua hari terakhir sudah mula kedengaran yang mana ikon sukan badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei telah gagal dalam ujian doping (doping test). Yang mana pada ketika itu masih lagi menunggu sampel B bagi memastikan samada ikon badminton negara Malaysia ini disahkan positif steroid atau tidak.
Nampaknya sukan badminton negara sedang berdepan tempoh perit dalam sejarah sukan tersebut. Sebelum ini terpalit dengan kes bookie dalam sukan badminton negara memabitkan percaturan permainan dan pemain yang mana SPRM sedang siasat taruhan dalam badminton negara. Berita terbaru membabitkan kegagalan dalam ujian doping (doping test) pula.
Dan dalam pada masa yang sama telah difahamkan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin telah mengamuk sebaik sahaja dimaklumkan yang mana rakan baik beliau itu telah gagal dalam ujian doping (doping test) yang dilakukan terhadap ikon badminton negara ini.
Sebelum itu, ada lagi cakap-cakap yang mengatakan Datuk Nicol David yang selebriti sukan adalah figura yang gagal dalam ujian doping tersebut. Nicol David baru sahaja menang kejohonan besar Terbuka Us (US Open ) sekaligus Nicol David berjaya memecahkan 3 tahun berturut-turut. Dan ingin disahkan disnini Nicol David bukanlah selebriti sukan yang dimaksudkan dengan berita yang menggemparkan sukan negara ini.
Semakan terhadap laporan
berita terkini yang dibawa oleh China Press mengesahkan Datuk Lee Chong Wei gagal ujian
doping (doping test) dan disahkan positif dadah melalui pengesahan
pihak BAM, sekaligus bakal berdepan dengan hukuman gantung daripada
menyertai mana-mana kejohanan selama tempoh 2 tahun.
Sebelum ini, sukan Malaysia digemparkan
dengan pingat emas sukan Wusyu ditarik balik dek kerana dikesan positif
dadah yang mana difahamkan beliau ada mengambil ubat
kurus.
Adakah kecedaraan yang dialami Lee Chong
Wei menyebabkan “supplemen” yang diambilnya mempunyai bahan terlarang,
steroid. Mungkin?


0 comments :
Post a Comment