Blog Arkib

Salman Khan Habis Jutaan Ringgit

Hadiah perkahwinan berbentuk sebuah kereta mewah? Untungnya kakak kepada aktor terkenal Bollywood iaitu Salman Khan. Mana tidaknya, perkahwinan Arpita Khan yang berlangsung pada 18 November lalu di Istana Royal Falaknuma dilihat cukup meriah dengan modal yang besar, malah sebagai tanda sayang kepada Arpita Salman telah menghadiahkan kakaknya sebuah kereta mewah jenama Rolls Royce!

Kereta berwarna putih itu dianggarkan sekitar hampir RM1.4 juta dan dihadiahkan khas buat Arpita yang selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya.

Bukan itu sahaja, Salman turut menghadiahkan sebuah pangsapuri mewah yang bakal didiami kakaknya bersama suami tercinta sebelum berlangsungnya perkahwinan mereka lagi.

Lebih manis selepas perkahwinan Arpita dan suami, mereka bakal berbulan madu di sebuah lokasi yang masih dirashiakan yang turut dirancang sendiri oleh Salman khas buat mereka berdua.

Perkahwinan Arpita masih belum berakhir kerana dikhabarkan pada 21 November ini Salman telah menganjurkan sebuah majlis khas yang bakal dihadiri ribuan jemputan yang terdiri daripada golongan ternama dan terkenal di India.

Malah sebelum ini, majlis perkahwinan Arpita mendapat perhatian umum selepas kemunculan Shahrukh Khan yang dianggap musuh ketat kepada Salman Khan sejak dahulu lagi.

Namun baru-baru ini mereka dilihat kembali akrab dan cuba melupakan kisah-kisah silam yang berlaku antara mereka.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment