AC Mizal Dibayar Kerana Berjaya Turunkan Berat Badan
KUALA LUMPUR, 5 NOV 2014: Pengacara Dato’ AC Mizal akui menerima duit imbuhan daripada produk pelangsingan badan, L'rose Perfect Body Shape selepas berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 8 kilogram selama sebulan.
AC Mizal berkata dia menerima sebanyak RM80 daripada keluaran syarikat Bumiputera, RMZ Health & Beauty Products Marketing sebelum bersetuju menjadi duta kepada produk tersebut.
“Ketika ditawarkan oleh pengasas produk ini, Datin Rose yang menyuarakan hasrat untuk mengambil saya dan isteri sebagai duta, saya memberitahu kepadanya yang kami mahu mencuba terlebih dahulu produk tersebut.
"Selepas menggunakan sendiri produk ini selama sebulan, ternyata berat badan saya turun 8 kilogram tanpa perlu mengamalkan diet mahupun melakukan sebarang senaman.
“Menariknya, saya juga turut menerima RM80 daripada mereka kerana moto syarikat ini adalah 'You Kurus Kami Bayar 1kg RM10' apabila berat saya turun daripada 95 kilogram kepada 83 kilogram jadi sebagai pengguna yang berjaya turun berat badan sebanyak 8kg, saya diberi RM80.
“Saya juga seorang ahli perniagaan jadi saya tahu untuk seseorang artis itu menjadi duta bukannya senang. Jika masalah timbul, artis yang akan dipersalahkan dahulu.
"Jadi sebab itu saya mahu mencuba dulu produk tersebut. Selepas sebulan menggunakannya, saya dapat nampak perbezaan dari segi saiz baju dan juga seluar,” kata AC ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk tersebut di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay baru-baru ini.
Selain penyanyi yang kini sedang popular dengan single Paranoid, isterinya Datin Emylia Rosnaida juga turut dilantik sebagai duta bagi produk yang sama.
Mengulas mengenai perlantikan duta itu, AC Mizal memberitahu dia bukan sahaja menerima kontrak menjadi duta produk berkenaan selama tiga tahun malah ianya lebih kepada satu usaha sama perniagaan di mana mereka turut bergabung dari segi pemasaran.
“Saya bukan sahaja menjadi duta tetapi komitmen saya lebih daripada itu kerana diberi kepercayaan untuk menjadi perancang pemasaran.
“Saya akan menggunakan apa nsaahaj platform yang saya ada seperti program televisyen , laman sosial dan sebagainya untuk mempromosikan produk ini,” jelasnya.
sumber : murai

0 comments :
Post a Comment