Bosan selalu diserang penyakit selsema, demam, batuk dan pelbagai penyakit yag datang silih berganti? Mungkin sudah tiba masanya anda memperbaiki rutin hidup anda bagi meningkatkab sistem kekebalan tubuh anda. Ubahlah rutin hidup anda kepada yang berikut :
Tidur 8 Jam sehari
Sebahagian besar wanita hanya tidur 6 jam sehari. Mungkin anda termasuk diantaranya ? Jika ya, lingkaran hitam disekitar mata bukanlah satu-satunya risiko anda. Sebabnya, kekurangan tidur juga mengakibatkan penurunan sistem kekebalan tubuh. Hasilnya, anda mudah terkapar diserang penyakit.
Ambil antioksida
Vitamin A, C dan E serta zink dan mineral selenium adalah anti oksida atau anti racun. Ia berperanan aktif melindungi membran sel tubuh, kerosakan dan mengikat radikal bebas dari sistem tubuh. Di samping itu ia menigkatkan kerja sistem kekebalan tubuh secara semulajadi. Bagi memperoleh zat antioksida biasakan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau, teh dan kacang-kacangan. Mengambil makanan tersebut secara langsung jauh lebih baik berbanding menggantikannya dengan makanan tambahan berupa pil.
Kurangkan Manis
Manisan, kuih muih, dan makanan ringan memang memberikan tenaga untuk sementara waktu. Namun memanjakan mulut dengan makanan manis boleh melambatkan fungsi sel pembasmi bakteria. Kandungan gula dalam jumlah besar akan mengurangkan kemampuan sel darah putih untuk menghancurkan partikel asing yang masuk ke dalam tubuh.
Makan sumber semulajadi
Jika anda mula bersin, kerongkong mula sakit dan suara serak maka cubalah melakukan rawatan semulajadi. Cubalah perbaiki pola makan mengatasi gangguan kesihatan. Berikut beberapa sumber makanan semulajadi yang boleh anda makan.
Buah-buahan seperti limau, lobak dan betik yang mengandungi vitamin C. Ia berkhasiat memendekkan tempoh selesema.
Kacang-kacangan dan makanan laut. Ia kaya dengan zink yang berkesan mengelakkan berlakunya serangan penyakit berulang seperti selesema.
Bawang putih mengandungi vitamin A, B1, B2, C, zink dan kalsium. Jus bawang putih yang dicampurkan dengan madu berguna menyembuhkan batuk dan asma.
Minum air
Kalau anda malas untuk mengira berapa gelas air yang telah anda ambil perhatikan saja warna air kencing anda. Jika warnanya keruh bermakna anda kekurangan air dalam tubuh. Teruslah minum sehingga warna air kencing anda menjadi jernih. Air berperanan menjaga keutuhan selaput lendir dalam hidung dan tenggorok, yang merupakan garis depan pertahanan tubuh terhadap penyakit yang masuk melalui saluran nafas.
Bersenam
Bersenam hingga tubuh berpeluh akan mengurangkan risiko diserang penyakit. Tapi berhati-hati kerana terlalu banyak bersenam juga boleh melemahkan sistem kekebalan tubuh. Senaman yang terlalu berat menyebabkan sel-sel pembasmi penyakit kepenatan dan harus beristirehat selama 6 hingga 24 jam sebelum mampu aktif kembali. Sekiranya tempoh 6 hingga 24 jam itu ada bibit penyakit yang menyerang tubuh, maka risiko anda dijangkiti akan lebih besar.
Ketawa

Ketawa sama ada ketawa kecil hingga terbahak-bahak adalah senaman ringan untuk menurunkan tekanan darah serta melancarkan saluraqn pernafasan dan sirkulasi zat dalam tubuh. Ketawa akan meningkatkan jumlah sel-sel pembasmi penyakit dalam tubuh. Sekalipun senyuman pada bibir anda sudah hilang, kandungan sel-sel pembasmi ini tetap tinggi hingga beberapa lama.

0 comments :
Post a Comment