Ketika ditemui pada sesi fotografi yang diadakan di Studio Utusan, baru-baru ini, figura ini yang terkenal dengan keanak-anakan sudah meningkat ke usia remaja dan lebih matang.
Fimie, 16, juga dilihat begitu bijak menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya dengan baik. Setiap susunan katanya itu begitu tertib dan tersusun rapi.
Tidak hairanlah dengan pengalaman dikutip selama 10 tahun mengabadikan diri dalam industri lakonan menampakkan sisi kematangan pada dirinya.
“Sebenarnya saya sudah mula berlakon sebelum usia enam tahun lagi, tapi hanya bergiat aktif dan dapat tawaran pada usia enam tahun. Dahulu memang senang nak dapat tawaran kerja sebab tak banyak persaingan yang ada pada masa itu.
“Tak ramai pelakon kanak-kanak yang ada masa itu, hanya ada saya dan beberapa pelakon cilik yang lain. Jadi agak mudah untuk naik pada masa itu,” lentur bicaranya memulakan perbualan.
Namun Fimie dengan merendah diri turut mengakui di kala usianya menginjak 12 tahun, namanya seakan lenyap dari persada seni lakonan dek kerana kini begitu banyak lahirnya pelakon kanak-kanak yang semakin berbakat.
“Bila lepas sahaja peperiksaan UPSR, nama saya kurang disebut dan saya pun jarang dapat tawaran berlakon. Namun saya sendiri akui ini satu benda yang baik sebab orang mahu melihatkan wajah baharu.
“Lepas PMR, masa itu saya berusia 15 tahun saya memperlahankan segala aktiviti seni untuk beri laluan kepada pelajaran,” kata pelakon yang pernah membintangi filem S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) arahan pengarah muda, Syafiq Yusof.
Begitu juga menerusi filem Magika arahan Edry Abdul Halim, Fimie diberi peranan sebagai tunggak utama dan bergandingan dengan Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain dan ramai lagi.
Penyanyi rap
Selain berbakat dalam lakonan, Fimie turut mempunyai kebolehan lain iaitu menulis lirik dan gemarkan kepada muzik Rap dan Hip-Hop.
“Selain berlakon, saya sendiri ada minat menulis lirik dan menyukai muzik berentak Rap.
“Setakat hari ini sahaja sudah mempunyai tiga lagu yang sudah siap dirakamkan sepenuhnya,” tuturnya.
Fimie menjadikan penyanyi Rap seperti Waris dan Joe Flizzow sebagai inspirasi untuk bergelar penyanyi Hip-Hop solo yang mempunyai banyak ilmu mengenai bidang muzik.
“Saya lebih suka buat lirik sendiri sebab untuk menyanyikan lagu berentak Rap, kena ada jiwa dan penghayatan pada lagu tersebut.
“Jadi ia akan menjadi lebih selesa kalau saya sendiri yang buat lirik tersebut dan kena pada jiwa saya sendiri,” katanya lagi.
Jelas Fimie lagi, tahun ini merupakan tahun dia merehatkan diri daripada sebarang jadual penggambaran dan pada waktu senggang dia akan manfaatkan dengan mencari idea untuk menambahkan lagi koleksi lagu-lagunya.
Ditanya mengapa tidak melancarkan sahaja lagunya itu, Fimie gusar dengan penerimaan orang lain mengenai transformasi dirinya daripada menjadi seorang pelakon kepada penyanyi.
“Bukan saya tak nak lancarkan lagu saya ini, tapi saya sudah buat perancangan mungkin tahun hadapan akan mengeluarkan lagu saya sendiri. Tapi sebelum itu saya perlu meneliti terlebih dahulu adakah orang boleh terima seorang pelakon menjadi penyanyi.
“Itu antara yang bermain di benak fikiran saya andai muzik saya ini tidak dapat diterima. Insyallah jika tiada apa-apa yang menghalang tahun hadapan saya akan tumpukan kepada bidang nyanyian,” katanya.
Idam produksi sendiri
Satu hal yang harus dipuji mengenai semangat kental remaja ini, walaupun baru berusia belasan tahun, dia sudah mempunyai pelan sendiri untuk memastikan dirinya mendapatkan ilmu mengenai bidang pengarahan dengan secukupnya.
“Saya fikir bila sudah tamat SPM saya akan buat kursus jangka pendek tak kira lah dalam negara atau pun di luar negara.
“Saya berazam lepas sahaja tamat buat kursus jangka pendek nanti, saya sudah mempunyai produksi sendiri atau paling tidak pun saya sudah mempunyai cukup ilmu dalam hal pengarahan,” ujarnya dengan penuh semangat.
Fimie mahu mengikuti jejak langkah sepertimana kakak kandungnya yang kini menyambung pengajian dalam bidang seni persembahan di salah sebuah institusi pengajian di Australia.
“Saya tidak mahu menjadi pelakon yang ‘kosong’ tanpa ada ilmu mengenai bidang lakonan. Mungkin saya berbakat dalam lakonan namun mengenai ilmu pengarahan, saya masih lagi tercari-cari. Sebab itulah saya tekad nak sambung pengajian.
“Banyak benda yang boleh saya dapat untuk asah lagi bakat lakonan. Walaupun masih lagi bersekolah, tapi perancangan untuk masa hadapan itu penting demi jaminan hidup saya,” katanya dengan penuh semangat.
sumber - utusan
MULA
berlakon seawal usia enam tahun dan dahulu dia antara pelakon cilik
yang begitu berbakat besar dalam dunia lakonan tanah air. Bakat Fimie
Don sering mendapat pujian dan komen pelbagai pihak yang begitu
mengagumi bakat luar biasa yang dimilikinya.
Ketika ditemui pada sesi fotografi yang diadakan di Studio
Utusan, baru-baru ini, figura ini yang terkenal dengan keanak-anakan
sudah meningkat ke usia remaja dan lebih matang.
Fimie, 16, juga dilihat begitu bijak menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya dengan baik. Setiap susunan katanya itu begitu tertib dan tersusun rapi.
Tidak hairanlah dengan pengalaman dikutip selama 10 tahun mengabadikan diri dalam industri lakonan menampakkan sisi kematangan pada dirinya.
“Sebenarnya saya sudah mula berlakon sebelum usia enam tahun lagi, tapi hanya bergiat aktif dan dapat tawaran pada usia enam tahun. Dahulu memang senang nak dapat tawaran kerja sebab tak banyak persaingan yang ada pada masa itu.
“Tak ramai pelakon kanak-kanak yang ada masa itu, hanya ada saya dan beberapa pelakon cilik yang lain. Jadi agak mudah untuk naik pada masa itu,” lentur bicaranya memulakan perbualan.
Namun Fimie dengan merendah diri turut mengakui di kala usianya menginjak 12 tahun, namanya seakan lenyap dari persada seni lakonan dek kerana kini begitu banyak lahirnya pelakon kanak-kanak yang semakin berbakat.
“Bila lepas sahaja peperiksaan UPSR, nama saya kurang disebut dan saya pun jarang dapat tawaran berlakon. Namun saya sendiri akui ini satu benda yang baik sebab orang mahu melihatkan wajah baharu.
“Lepas PMR, masa itu saya berusia 15 tahun saya memperlahankan segala aktiviti seni untuk beri laluan kepada pelajaran,” kata pelakon yang pernah membintangi filem S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) arahan pengarah muda, Syafiq Yusof.
Begitu juga menerusi filem Magika arahan Edry Abdul Halim, Fimie diberi peranan sebagai tunggak utama dan bergandingan dengan Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain dan ramai lagi.
Penyanyi rap
Selain berbakat dalam lakonan, Fimie turut mempunyai kebolehan lain iaitu menulis lirik dan gemarkan kepada muzik Rap dan Hip-Hop.
“Selain berlakon, saya sendiri ada minat menulis lirik dan menyukai muzik berentak Rap.
“Setakat hari ini sahaja sudah mempunyai tiga lagu yang sudah siap dirakamkan sepenuhnya,” tuturnya.
Fimie menjadikan penyanyi Rap seperti Waris dan Joe Flizzow sebagai inspirasi untuk bergelar penyanyi Hip-Hop solo yang mempunyai banyak ilmu mengenai bidang muzik.
“Saya lebih suka buat lirik sendiri sebab untuk menyanyikan lagu berentak Rap, kena ada jiwa dan penghayatan pada lagu tersebut.
“Jadi ia akan menjadi lebih selesa kalau saya sendiri yang buat lirik tersebut dan kena pada jiwa saya sendiri,” katanya lagi.
Jelas Fimie lagi, tahun ini merupakan tahun dia merehatkan diri daripada sebarang jadual penggambaran dan pada waktu senggang dia akan manfaatkan dengan mencari idea untuk menambahkan lagi koleksi lagu-lagunya.
Ditanya mengapa tidak melancarkan sahaja lagunya itu, Fimie gusar dengan penerimaan orang lain mengenai transformasi dirinya daripada menjadi seorang pelakon kepada penyanyi.
“Bukan saya tak nak lancarkan lagu saya ini, tapi saya sudah buat perancangan mungkin tahun hadapan akan mengeluarkan lagu saya sendiri. Tapi sebelum itu saya perlu meneliti terlebih dahulu adakah orang boleh terima seorang pelakon menjadi penyanyi.
“Itu antara yang bermain di benak fikiran saya andai muzik saya ini tidak dapat diterima. Insyallah jika tiada apa-apa yang menghalang tahun hadapan saya akan tumpukan kepada bidang nyanyian,” katanya.
Idam produksi sendiri
Satu hal yang harus dipuji mengenai semangat kental remaja ini, walaupun baru berusia belasan tahun, dia sudah mempunyai pelan sendiri untuk memastikan dirinya mendapatkan ilmu mengenai bidang pengarahan dengan secukupnya.
“Saya fikir bila sudah tamat SPM saya akan buat kursus jangka pendek tak kira lah dalam negara atau pun di luar negara.
“Saya berazam lepas sahaja tamat buat kursus jangka pendek nanti, saya sudah mempunyai produksi sendiri atau paling tidak pun saya sudah mempunyai cukup ilmu dalam hal pengarahan,” ujarnya dengan penuh semangat.
Fimie mahu mengikuti jejak langkah sepertimana kakak kandungnya yang kini menyambung pengajian dalam bidang seni persembahan di salah sebuah institusi pengajian di Australia.
“Saya tidak mahu menjadi pelakon yang ‘kosong’ tanpa ada ilmu mengenai bidang lakonan. Mungkin saya berbakat dalam lakonan namun mengenai ilmu pengarahan, saya masih lagi tercari-cari. Sebab itulah saya tekad nak sambung pengajian.
“Banyak benda yang boleh saya dapat untuk asah lagi bakat lakonan. Walaupun masih lagi bersekolah, tapi perancangan untuk masa hadapan itu penting demi jaminan hidup saya,” katanya dengan penuh semangat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/jiwa-remaja-fimie-1.29494#sthash.RugepB1l.dpufFimie, 16, juga dilihat begitu bijak menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya dengan baik. Setiap susunan katanya itu begitu tertib dan tersusun rapi.

0 comments :
Post a Comment