KUALA LUMPUR: Kejadian puting beliung berlaku pada jam 3
petang tadi sekitar Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah menjadikan ia
kejadian keempat berlaku di negeri tersebut.
Menurut laporan
Bernama, sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Kampung Sungai Nonang,
Mukim Tebengau rosak teruk akibat dilanda putting beliung.
Pusaran angin dipercayai datang dari arah sawah di kampung tersebut (dari arah utara) berlaku dalam tempoh 10 minit.
Seorang mangsa, Che Tim Ahmad, 54, berkata kepada Bernama, ketika itu
dia bersama dua anak Mohamad Azrul Zainal, 14, dan Zahirah Zainal, 16,
dikejutkan dengan deruman angin kuat yang mengangkat serta merosakkan
bumbung rumah mereka dalam sekelip mata.
Suri rumah itu berkata
mereka terpaksa berlindung dalam rumah kerana tidak dapat membuka pintu
utama disebabkan tekanan angin yang kuat.
"Saya dan dua anak
panik ketika itu dan hanya mampu berdoa selepas tidak dapat buka pintu.
Syukur Alhamdulillah kami semua selamat dan tidak mengalami sebarang
kecederaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Beberapa orang ramai mula memuatnaik foto kejadian tersebut di media sosial.
November lalu, puting beliung telah melanda Taman Wira Mergong, Alor Setar dan menyebabkan 13 rumah rosak teruk.
Terdahulu, kejadian puting beliung yang juga dipanggil `belalai darat',
turut melanda daerah Pendang dan merosakkan 14 rumah, serta di daerah
Kota Setar mengakibatkan 71 buah rumah musnah.
sumber : awani
Blog Arkib
- November (59)
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

0 comments :
Post a Comment