BAHAN-BAHAN:
- 25gm agar-agar tali
- 2 liter air
- 250gm gula pasir
- 300ml santan
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh pewarna (tujuh jenis warna)
1. Masak agar-agar tali bersama air, gula pasir sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan tepung jagung dan santan dan kacau rata.
3. Bahagi adunan kepada tujuh bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan pewarna yang berlainan. Kacau setiap adunan hingga sebati.
4. Masukkan adunan biru ke dalam acuan dan bekukan sebentar.
5. Setelah separuh beku, masukkan adunan berwarna lain pula dan masukkan semula ke dalam peti sejuk.
6. Bekukan dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk dan sedia dinikmati.
Agar-Agar Batik
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
- 10gm serbuk agar-agar
- 750ml air
- 100ml susu pekat
- 10gm serbuk agar-agar
- 500ml air
- 100gm gula pasir
- 250ml santan
- Sedikit pewarna ungu, hijau dan merah
1. Satukan agar-agar bersama air dan gula pasir kemudian biarkan hingga mendidih dan hancur.
2. Apabila hancur, masukkan santan dan kacau seketika.
3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan ungu, hijau dan merah. Biarkan keras.
4. Apabila mengeras, potong menjadi dadu kecil dan masukkan ke dalam bekas.
5. Masak kesemua bahan A hingga hancur.
6. Tuangkan ke dalam bekas berisi agar-agar dadu. Biarkan mengeras.
Biskut Lidah Kucing Pelangi
Resepi biskut moden yang paling ringkas dan anda boleh buat sendiri di rumah, Bisukut Lidah Kucing Pelangi. Biskut ini cepat lemau jika di biar terdedah pada udara. Biskut yang lemau boleh di panaskan semula selama 5-8 minit dalam oven yang di panaskan dahulu dan akan ranggup kembali.
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 175gm gula kaster
- 100ml putih telur
- 200gm tepung gandum
- 50gm tepung jagung
- 1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
- Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah
- Loyang lidah kucing – disapu mentega
CARA MEMASAK :
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
7. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit.
8. Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi.
9. Terus simpan di dalam bekas kedap udara.
Harum Manis Pisang
Harum Manis Pisang merupakan manisan yang dibawa dari Singapura. Keistimewaan pencuci mulut ini kerana menggunakan pisang segar yang membangkitkan rasa enak pada kuih tersebut. Menggunakan teknik mengukus, waktu masak juga begitu singkat! Anda harus mencuba resepi ini kerana sajian ini benar-benar enak dan lazat! Sebagai info penting, pastikan adunan diletakkan separuh sahaja ke dalam acuan bagi membolehkan adunan naik sepenuhnya.
BAHAN-BAHAN:
- 350 ml air
- 300 gm gula Melaka
- 3 biji telur
- 200 gm gula pasir
- 350gm tepung gandum
- ½ sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh sodium bikarbonat
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 50 gm mentega} dicairkan
- 8 biji pisang raja} dihiris bulat tipis.
CARA MEMASAK :
1. Masak gula Melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
2. Pukul telur dan gula hingga naik.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula Melaka. Kacau adunan hingga sebati.
5. Sapukan acuan-acuan keil dengan mentega dan tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan.
6. Isikan separuh acuan sahaja dan letakkan hirisan pisang ke atas adunan
7. Akhir sekali kukus selama 20 minit.



0 comments :
Post a Comment