Sewa rumah Ranbir-Katrina RM100K ?
MUMBAI, 11 NOV 2014: Bukan satu rahsia lagi di kalangan warga Bollywood apabila bintang Bollywood, Ranbir Kapoor dengan Katrina Kaif dilaporkan mengambil keputusan untuk tinggal bersama.
Malah, bukan setakat itu saja, mereka juga bakal mengeluarkan duit sewa bulanan yang berjumlah hampir RM100,000 untuk penthouse yang sedang mereka duduki sekarang ini.
"Mereka telah menemui sebuah penthouse di Carter Road, Bandra (Mumbai) yang menghadap laut serta memiliki 2 teres. Sejak mereka memilih untuk mendiami penthouse tersebut, mereka sibuk menghiaskan kediaman mereka bersama itu dengan beberapa barangan yang mereka beli sewaktu menjelajah di beberapa luar negara," kata satu sumber yang mengakui rapat dengan pasangan tersebut.
Apapun, ini adalah kali pertama, Ranbir Kapoor bakal membayar duit sewa rumah di Mumbai kerana sebelum ini, dia hanya menetap bersama kedua-dua ibu bapanya, Rishi dan Neetu Kapoor di sebuah banglo di Pali Hill, Bandra.
Katrina pula sebaliknya, dia sudah biasa tinggal sendirian sejak dia berpindah dan menetap di Mumbai.
"Oleh kerana, Katrina sudah biasa tinggal sendirian, maka dia telah mengambil tanggungjawab untuk menyiapkan segala dokumen tentang perjanjian sewa rumah tersebut dengan pemiliknya.
Katrina dan Ranbir dikatakan bercadang untuk mengadakan parti house warming untuk keluarga dan teman-teman terdekat mereka.
Sumber : murai

0 comments :
Post a Comment