Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan kesemua zat makanan untuk memperolehi tenaga dab membantu proses tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun,pada peringkat ini mereka sangat mudah diserang penyakit seperti demam, selesema, batuk dan sebagaimya. Gangguan kesihatan seperti ini sekali gus akan membantutkan selera makan mereka.
Justeru, untuk memastikan si kecil makan, ibu bapa perlulah bijak memainkan peranan untuk membuka selera makan mereka. Sebab itulah pemberian makanan yang berkhasiat sangat penting pada waktu ini. Selain ubat, makanan juga mempunyai pengaruh besardalam proses penyembuhan anak anda.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar kesihatan kanak-kanak, anak yang sakit akan sembuh lebih cepat apabila mengambil makanan yang seimbang dan cukup keperluannya. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan dalam menyediakan makanan yang sesuai sewaktu si kecil anda sedang sakit.
Elakkan makanan bergoreng atau bersantan.
Pemberian makanan bergoreng atau mengandungi santan yang banyak harus dielakkan. Ini kerana makanan seperti ini boleh mengundang rasa mual dan akan menyebabkan anak anda muntah. Begitu juga makanan yang mengandungi bahan perasa atau perencah makanan yang banyak juga harus dielakkan. Oleh itu, bagi mengelakkannya apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menyediakan makanan dengan cara rebus tanpa menggunakan bahan perasa atau perencah dalam kuantiti yang banyak.
Sajikan hidangan yang menarik dan kreatif
Dalam menarik minat anak anda untuk makan, anda perlulah bijak menyajikan
makanan dalam bentuk yang menarik dan kreatif. Langkah ini penting kerana penyediaan yang menarik akan membantu anda untuk memancing selera makan mereka. Sebagai contoh, hidangkan makanan yang anda masak didalam bekas yang mempunyai bentuk, corak dan warna yang menarik. Sudunya pula boleh diletakkan tangkai bendera atau telur puyuh yang dicucuk dengan menggunakan lidi seperti sate. Selain itu, anda juga boleh memberikan minuman jus buah-buahan kepada anak anda yang demam bagi menambah kandungan air dalam tubuh mereka.
Beri dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Seperti yang kita ketahui, saiz perut seorang kanak-kanak adalah kecil. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak boleh makan banyak pada sesuatu masa apatah lagi ketika sedang sakit. Oleh itu, langkah terbaik untuk memastikan mereka makan adalah dengan memberikannya dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Disamping itu, untuk menggalakkan mereka makananda juga perlu segera memberinya makanan sekiranya diminta meskipun pada ketika itu bukan waktu makan.
Tarik perhatian si kecil dengan bercerita
Salah satu langkah untuk menarik perhatian si kecil untuk makan adalah bercerita. Inisiatif yang anda lakukan ini secara tidak langsung akan menggalakkan mereka makan di samping membuatkan mereka terhibur.
Beri makanan yang byak memberikan tenaga
Hasil kajian mendapati ketika kanak-kanak sakit, mereka memerlukan makanan yang kaya dengan sumber protien dan tenaga yang banyak. Ini kerana setiap peningkatan satu darjah selsius suhu badan,sebanyak 13 peratus tenaga dan 10 peratus protien diperlukan. Oleh itu, berilah si kecil anda makanan yang kaya dengan sumber tenaga seperti buah-buahan dan puding serta makana kaya protien seperti ikan,telur,daging dan kekacang agar si kecil anda segera pulih dari sakit.


0 comments :
Post a Comment