Blog Arkib

Hobi Makan, Cara Kim Woo Bin Jaga Tubuh Badan

 
 Kim Woo Bin dikenali sebagai model sekaligus pelakon dengan bentuk badan yang sangat seimbang. Siapa yang sangka jika pelakon drama siri "The Heirs" itu ternyata sangat suka makan. Hal tersebut diungkap ketika menghadiri sidang akhbar filem " The Technicians ".

"Pada masa kuliah dulu, saya dan temanku boleh makan hingga 12 hidangan daging dan dua mangkuk mie," ujar Woo Bin hari ini (18/11). Tak mau kalah, Ko Chang Seok yang menjadi pasangannya dalam filem "The Technicians", membenarkan hal tersebut.

"Kim Woo Bin sangat suka makan," ujar Ko Chang Seok. "Sebanyak apapun dia makan, dia selalu berkata dia lapar. Lalu dia akan makan lagi."

Meski mempunyai hobi makan, rupanya Woo Bin punya cara sendiri untuk menjaga agar tubuhnya tetap fit dan seimbang. Pemilik nama asal Kim Hyun Joong itu mengaku sangat rajin bersenam demi menjaga bentuk tubuhnya.

"Saya mencari kenikmatan besar ketika makan. Dan disebabkan saya bukan atlet, saya tak boleh menetapkan diet yang ketat," ujar Woo Bin. "Jadi saya akan makan banyak dan selepas itu saya berlatih."

Sementara itu, "The Technicians" sendiri menceritakan tentang beberapa orang  yang membentuk kumpulan untuk mencuri wang di kastam lapangan terbang Incheon. Pencurian tersebut perlu dilakukan dalam masa 40 minit kerana bank yang akan mereka rompak merupakan bank paling selamat di Asia Timur. Filem ini dirancang akan dikeluarkan pada akhir Disember.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment