Blog Arkib

TIPS KESIHATAN UNTUK LELAKI

Kesihatan adalah amat penting untuk kita semua tak kira siapa lelaki atau wanita. Bahkan binatang peliharaan pun kita jaga kesihatan mereka. Dibawah ini sedikit tips untuk kita menjaga kesihatan kita,keseluruhan secara amnya, dan khas untuk lelaki-lelaki di luar sana.

Menjaga Pemakanan

Sebiji epal sehari boleh menjauhkan diri anda dari doktor. Apa yang anda makan dan minum serta apa yang anda tidak makan dan minum akan membawa kepada dua kesan yang berbeza terhadap kesihatan anda. Anda disyorkan makan lima atau lebih hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Selain itu pengambilan lemak juga harus dikurangkan. Cara begini boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit kronik yang lain. seimbangkan diet anda dan awasi jumlah makanan yang anda ambil setiap hari.

Kekalkan Berat Ideal

Obesiti merupakan masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang dan masalah tersebut semakin menular sejak akhir-akhir ini. Meraka yang mempunyai berat badan yang berlebihan mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Menjaga pemakanan,bersenam dengan teratur dan berjumpalah dengan pakar kesihatan untuk memastikan anda senantiasa kekal sihat.

Sentiasa Bergerak

lebih daripada 60% lelaki dan wanita tidak melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi untuk menyumbang kepada faedah kesihatan. Bagi individu dewasa, anda disyorkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang biasa selama 30 minit setiap hari. Mulakan dengan pergerakan perlahan kepada tahap yang anda mampu. Jangan melakukannya secara berlebihan. Anda boleh menjadikannya rutin atau anda boleh menukar pelbagai cara setiap hari. Dapatkan cara yang menghiburkan untuk mengekalkan bentuk tubuh badan anda seperti menari, berkebun, memotong rumput, berenang,berjalan atau berjogging.

Bebaskan diri dari rokok

Penyakit yang sering berkait rapat dengan rokok ialah kanser dan penyakit paru-paru. Sekiranya anda perokok,anda mempunyai 3 kali ganda risiko terdedah kepada kematian yang diakibatkan oleh penyakit jantung terutama mereka yang dipertengahan usia. Selain itu asap rokok yang disedut ketika orang lain merokok turut memberi impak kepada kesihatan. Oleh itu jika anda merokok, berhentilah pada hari ini juga. Kaunseling, perubatan dan pelbagai cara boleh didapati untuk membantu anda berhenti merokok.

Jalani pemeriksaan kesihatan secara teratur

Pemeriksaan kesihanatan harus dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Bergantung kepada umur, sejarah kesihatan,cara hidup dan pelbagai isu penting yang lain, anda dan pakar kesihatan anda boleh mengetahui seberapa kerap anda perlu membuat pemeriksaan. ini termasuklah pemeriksaan untuk penyakit seperti tekanan darah tinggi,kolesterol,diabetic,penyakit jangkitan seksual,kanser kulit,prostat dan kolon. sekiranya masalah dapat diketahui dengan lebih awal,peluang anda untuk menerima rawatan dan mencegah dari penyakit tersebut adalah lebih tinggi. Pemeriksaan secara rutin boleh menyelamatkan nyawa anda.

Dapatkan vaksinasi yang bersesuaian

ia bukan sekadar untuk kanak-kanak. Orang dewasa juga memerlukannya. Kebiasaannya vaksinasi disyorkan kepada mereka yang melakukan kerja tertentu,mempunyai cara hidup tertentu,melawat ke negara tertentu atau atas sebab dan situasi yang tertentu. Lindungi diri anda dari penyakit dengan menjaga vaksinasi anda.

Atasi stress

Gejala ini semakin hebat berbanding masa dahulu. Stress kerja menjadi ancaman kepada kesihatan pekerja yang seterusnya menjejaskan kesihatan organisasi. Untuk menyeimbangkan tanggungjawab kepada pekerja dan keluarga adalah mencabar. Apakah tahap stress anda hari ini? Lindungi mental dan fizikal anda dengan menyertai aktiviti yang boleh menghilangkan stress ditempat kerja dan dirumah.

Kenali diri dan risiko anda

Ibu bapa dan nenek moyang anda membantu menggambarkan siapa diri anda sebenarnya. Tingkah laku,pekerjaan dan persekitaran rumah serta cara hidup turut membantu untuk mengetahui kesihatan dan risikonya. Anda mmungkin mempunyai risiko terhadap sesuatu penyakit oleh kerana perbuatan anda,tempat bekerja atau pergaulan anda. Untuk menjadi sihat anda harus berdikari melakukan pelbagai kerja,mengetahui siapa diri anda dan apa keistimewaan anda serta apa yang terbaik untuk diri anda kerana setiap manusia adalah unik dan tiada individu lain yang serupa anda.

Layani diri anda sebaik mungkin

Menjadi sihat bukanlah bermaksud tiada penyakit, ia adalah cara hidup. Sama ada anda mendapat tidur yang cukup,mengamalkan makanan tambahan,berehat selepas satu hari yang memenatkan,atau melakukan hobi kegemaran anda, adalah penting anda memberi layanan yang istimewa untuk diri anda sendiri. Ambil langkah untuk menyeimbangkan antara kerja,rumah dan hiburan. Anda juga harus peka terhadap kesihatan anda dan amalkan cara hidup sihat sebagai sebahagian dari kehidupan anda.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment