Hrithik Roshan Jawab Tuduhan Bekas Isteri Curang Dengan Kawan Baik
Kecoh baru-baru ini apabila berita mengenai bekas isteri Hrithik Roshan iaitu Sussanne Khan dan rakan baik kepada Hrithik juga seorang aktor, Arjun Rampal berlaku curang dan dilihat pergi bercuti bersama.
Dipetik menerusi Bombay Times, rumah tangga Arjun Rampal dengan isteri, Mehr Jessia kini semakin parah selepas dia kononnya sangat rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan Sussanne Khan.
Ianya turut mendapat perhatian Hrithik sendiri sehingga dia melepaskan kemarahannya di akaun Twitter miliknya.
“Berita ini adalah palsu! Penjualan surat khabar tersebut seharusnya diberhentikan serta-merta. Walaupun semuanya sudah berakhir namun ada sesetengah perkara tidak boleh disebarkan begitu sahaja,” jelas Hrithik seperti melepaskan kemarahannya.
Malah dia turut meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan mengakui penceraian dengan bekas isteri memberi banyak impak kepada dirinya dan keluarga.
“Saya tidak pernah berubah dan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Walaupun saya kurang meluangkan masa bersama anak-anak, namun saya percaya mereka tetap anggap saya seorang bapa yang terbaik.
“Saya pasti satu hari nanti apabila sudah dewasa, mereka pasti akan bangga mengaku saya adalah bapa kandung mereka,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Arjun Rampal turut meluahkan rasa tidak puas hati mengenai berita tersebut di Twitter kerana ianya serba sedikit menjejaskan hubungannya dengan isteri.
“Siapa yang sanggup menjaja berita seperti ini Bombay Times?! Siapa mereka yang tidak bertanggungjawab cuba merosakkan rumah tangga saya dan isteri? Saya cabar untuk anda keluarkan bukti dahulu,” tulis Arjun Rampal di laman Twitternya.
Walau bagaimanapun, Sussanne mengambil tindakan berdiam diri dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai berita tersebut.

0 comments :
Post a Comment