Kumpulan rock gergasi, Search bakal menampilkan kelainan dengan memilih untuk diiringi muzik Cello pada konsert Search: Live In Istana Budaya 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 - 7 Disember ini.
Sudah menjadi kebiasaannya konsert rock di Panggung Sari diiriigi pemuzik orkestra, tetapi Search pula memilih untuk bergabung dengan kumpulan rock cello tempatan iaitu kumpulan Paladin untuk menakluk pentas berprestij itu.
Konsert anjuran Urban Creative Synergy (UCS) Sdn Bhd ini bakal menyaksikan persembahan mantap daripada Search dengan gabungan muzik rock & roll dan slow rock yang sememangnya sinonim dengan Search.
Namun, ini kali pertama selepas tiga dekad dalam industri, Search bakal mempersembahkan lagu-lagu terbaiknya bersama bunyi-bunyian daripada alat muzik bertali klasik.
Sehubungan dengan itu, Search dan Paladin yang dianggotai lima pemain cello profesional akan menggabungkan alunan bunyi elektrik dan akustik untuk menghiburkan peminat mereka.
Konsert istimewa yang berlangsung selama 4 hari ini, bakal memperdengarkan gabungan lagu-lagu terbaik Search sepanjang perjalanan mereka dalam industri seni yang sudah berusia lebih 30 tahun.
Antara lagu yang disebut bakal dinikmati selama 2 jam oleh peminat pada malam konsert itu nanti ialah, Rozana, Langit dan Bumi, Balada Pemuzik, Kejora Ku Bersatu, Panggung Khayalan, Kau Pergi dan banyak lagi.
Apa yang pasti, para peminat akan dibawa mengimbau kembali tahun-tahun mereka ‘bersama’ Search.
Bagaimanapun mampukah konsep gabungan rock dengan cello ini meninggalkan kesan kepada para peminat Search?
Atau mampukah kumpulan Rock terunggul negara ini memberikan persembahan sebaik kumpulan heavy metal terkenal, Metallica yang pernah bergabung dengan kumpulan Apocalyptica yang turut menggunakan cello sebagai alat muzik utama mereka dalam sebuah konsert meraikan ulang tahun ke-30 Metallica di San Francisco, Amerika Syarikat?
Untuk itu rasai kehangatannya, dapatkan tiket berharga RM109, RM209, RM309 dan RM409 sekarang!
Jika mahu kenangan ekslusif bersama Search, dapatkan tiket istimewa berharga RM799 dan anda akan menerima pelbagai item ekslusif selain diberikan kelebihan lain pada konsert tersebut nanti.
Sila layari www.ticketpro.com.myuntuk tempahan tiket atau hubungi 03-7880 7999 / 016-679 4032 untuk maklumat lanjut.
Sebahagian daripada kutipan jualan tiket konsert ini juga akan disalurlan kepada tabung bantuan penduduk di Gazadan juga Yazit.

0 comments :
Post a Comment