Tugas mendidik sikecil membaca bukan sahaja menjadi tanggungjawab guru disekolah tetapi juga merupakan tanggung jawab ibu bapa masing-masing. Sebagai ibu bapa, anda perlu bijak mengatur strategi bagi melatih anak kecil belajar membaca sejak dari usia prasekolah. Bak kata pepatah, melentur burung biar dari rebungnya. Lagi awal ibu bapa mendedahkan anak kecil mereka dengan pembacaan, maka lebih mudah untuk anda membentuk sikap rajin membaca kelak.
Walau bagaimanapun, haruslah kita ingat, tumpuan kita bukanlah sekadar untuk membuat si kecil kenal huruf, tetapi juga menyemaikan sikap suka membaca. Justeru, mulakan sejak dari awal minat terhadap pembacaan jika anda ingin melihat si kecil bukan sahaja pandai membaca tetapi minat membaca.
Sebaiknya, mulakan sejak si kecil berusia setahun keatas. Biasakan dengan membacakan buku cerita kepadanya sekurang-kurangnya sekali sehari.Apabila usianya meningkat dua tahun keatas, ada boleh perkenalkan huruf sedikit demi sedikit sejajar perkembangannya. Bagaimanapun, jangan terlalu mengharap tinggi kepada tahap pencapaian si comel anda kerana tahap pencapaian adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak. Anda hanya perlu bersabar dengan karenah sikecil yang biasanya kurang tumpuan dan cepat bosan dengan sesuatu.Gunakan daya kreativi anda dalam proses mendidik agar ianya menyeronokkan dan lebih menarik.
Bacakan Buku Cerita Bergambar
Mulakan dengan buku cerita yang manarik dengan lukisan yang berwarna warni. Pasitikan ketika bercerita, anda menunjukkan tulisan yang anada baca walaupun mata si kecil tertumpu kepada gambar-gambar yang terdapat dalam buku tersebut.
Sediakan permainan mendidik
Contohnya seperti permainan yang meransang minda, atau permainan yang dapat melatih koordinasi mata dan tangannya. Permainan seperti lego atau permainan blok dapat melatih kordinasi mata dan tangan si kecil dan melatihnya memberi tumpuan.
Sediakan perpustakaan mini
Disamping membaca surat khabar, majalah dan buku anda boleh bercerita dan berbual dengan sikecil mengenai apa yang anda baca. Jadikan ia satu persekitaran yang selesa untuk setiap ahli keluarga anda membaca.
Baca kuat-kuat bersama sikecil
Carilah tempat yang sesuai untuk membaca bersama si kecil dalam 30 minit setiap hari. Bergilir-gilir membaca setiap muka surat sambil membimbing si kecil mengeja ayat-ayat yang susah. Mulakan dengan buku yang mudah sebelum memperkenalkan dengan buku yang agak susah untuknya.
Gaalakkan segala jenis pembacaan
Komik dan majalah akan memberi kepelbagaian stimulasi pembacaan kepadanya. Asalkan ia sesuai dengan umur jangan halang minatnya. Sediakan pelbagai buku yang berfaedah untuknya membaca di rumah. Jangan hanya hadkan si anak membaca buku berkaitan dengan pelajaran sahaja. Ia dapat mengelakkan si kecil rasa bosan sedangkan tujuan anda adalah untuk menggalakkan anak anda untuk rajin dan minat membaca.
Simpan satu kamus
Gunakan sebagai rujukan dan tolong si kecil anda mencari perkataan yang dia tidak faham serta berikan penjelasan kepadanya untuk meningkatkan kefahamannya.
Gunakan buku-buku berinfomasi
Cuba galakkan si kecil merujuk kepada buku-buku daripada internet dan ajarkannya, bahawa buku lebih berinfomasi dan bermaklumat terperinci.
Bincang tentang buku yang dibaca
Tanyalah sikecil apakah tema buku tersebut. Bagaimana watak-watak dalam buku tersebut.Apa yang digemari olehnya dan tidak tentang buku yang dibacanya.Kongsi pendapat anda.
Jangkakan daya pemahaman yang lambat
Si kecil anda akan mengambil masa yang lama untuk membaca. Berikan sokongan dan lebihkan pujian. Ingat jangan marah apabila dia terlupa atau tersalah baca kerana ia akan menyebabkan si kecil hilang motovasi.
Jadi contoh yang baik
Luangkan masa membaca 30 minit sehari untuk mambaca buku,majalah atau surat khabar kerana ia akan menjadi ikutan kepada anak-anak anda kelak. Jadikan ia satu budaya.

0 comments :
Post a Comment