18/11/2014 - Nokia secara rasmi memperkenalkan Android pertama yang mirip dengan Ipad Mini.
Pertanyaan penggemar Nokia akhirnya terjawab. Setelah menggoda peminat dengan teaser produk misteri, hari ini (18/11), Nokia secara rasmi memperkenalkan Android pertamanya yang dinamakan Nokia N1.
Nokia N1 ini disebut-sebut sebagai klon iPad Mini. Ini disebabkan, saiz peranti tersebut, penempatan tombol home, logo, bahagian tepi peranti, termasuklah lubang headphone Nokia N1, hampir mirip dengan iPad mini. Meskipun memiliki model yang hampir sama, Nokia menjanjikan produknya lebih canggih dibandingkan tablet popular Apple itu.
Nokia N1 memiliki ukuran 7.9 inci, sama dengan produk iPad Mini. Peranti ini menggunakan prosesor quad-core Intel Atom Z3580, RAM sebesar 2 GB dan dilengkapi Android Lollipop 5.0 dengan Z Launcher.
Tablet Android N1 menjanjikan kelebihan video chat dengan kamera depan 5 MP. Sedangkan kamera belakangnya 8 MP. Layarnya sendiri menggunakan resolusi 2048 x 1536 pixel. Nokia N1 juga memiliki kapasiti penyimpanan sebesar 32 GB dengan bateri 5300 mAh, Wi-Fi dan Bluetooth 4.0.
Bukan hanya itu, Nokia N1 juga menjadi peranti pertama yang menyertakan penyambung USB Type-C, yang memungkinkan pengguna memasang penyambung tanpa risau dengan orientasi penyambung dan arah kabel. Nokia N1 dikeluarkan dalam warna "Natural Aluminum" dan "Lava Grey".
Rancangannya, N1 akan pertama kali dipasarkan di China pada 19 Februari 2015 akan datang. Sebelum dilancarkan di India, selepas China, Nokia memilih memasarkannya di Rusia dan Eropah. Produk ini dikeluarkan dengan harga USD 249 (RM835)
Untuk mengetahui secara terperinci sila layari GSMARENA
Blog Arkib
- November (59)
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

0 comments :
Post a Comment