Blog Arkib

Remaja lelaki dakwa dicabul wanita

KUALA LUMPUR, - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mendakwa dirinya mengalami serangan seksual oleh seorang wanita.
Remaja berkenaan mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia menghantar wanita berkenaan pulang ke rumah.

Wanita yang tidak dikenalinya itu dikatakan menghampiri mangsa dan meminta untuk dihantar pulang kira-kira jam 10.30 sabtu Jumaat lalu.

Dalam laporannya, remaja berkenaan mengaku teragak-agak untuk berbuat demikian namun akhirnya mengalah.

Wanita tersebut dikatakan memeluk dan cuba mencium remaja itu ketika mereka berada di dalam kereta. Malah wanita itu juga meminta remaja itu menanggalkan pakaiannya.

Pergelutan berlaku sebelum wanita tersebut keluar dari kereta dan memasuki rumahnya.


Bukan itu sahaja, remaja berkenaan juga diugut oleh 2 orang remaja untuk membayar RM46,000 dalam tempoh seminggu.Menurutnya, selepas suspek menuduhnya melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu dan turut dipukul  dengan menggunakan topi keledar. 

Kejadian berlaku di lokasi sunyi disekitar pusat beli belah di Wangsa Maju. Dompet dan juga telefon bimbit remaja berkenaan turut dirampas sebelum membawa remaja berkenaan ke sebuah stesen minyak dan di tinggalkan.

Remaja berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Dang Wangi. Polis masih lagi menyiasat kejadian ini dan kemungkinan gadis terbabit dan suspek berpakat untuk mengugut mangsa dengan umpan seks.

Jurucakap polis mengesahkan menerima laporan tersebut namun enggan mengulas dengan lebih lanjut.

- bernama -
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment